
Kerja-Kerja Pelancaran Rasuk Jambatan BR31X Akan Dilaksanakan Di Jalan Sierra Ukay Bagi Pembinaan Lebuhraya EKVE
/ Kerja-Kerja Pelancaran Rasuk Jambatan BR31X Akan Dilaksanakan Di Jalan Sierra Ukay Bagi Pembinaan Lebuhraya EKVE
July 10, 2026
Kerja-Kerja Pelancaran Rasuk Jambatan BR31X Akan Dilaksanakan Di Jalan Sierra Ukay Bagi Pembinaan Lebuhraya EKVE
PENGUMUMAN TRAFIK
Makluman bahawa kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan BR31X akan dilaksanakan di Jalan Sierra Ukay bagi pembinaan Lebuhraya EKVE serta kerja-kerja berkaitan.
🗓️ Tarikh: 13 Julai 2026 – 31 Julai 2026
🕙 Masa: 10:00 malam – 5:00 pagi
🚧 Kaedah: STOP & GO di susur keluar/masuk Jalan Sierra Ukay, Jalan UP 5/7 sehingga Masjid Ukay Perdana.
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan pengawal trafik sepanjang tempoh kerja dijalankan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan.
Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama anda.
#EKVE #MaklumanTrafik #JalanSierraUkay #UkayPerdana #StayAlert


