
Announcements
Get the latest news and announcements.
Announcements
Stay updated with our latest press releases, media coverage, and multimedia galleries. Explore our ongoing events, campaigns, and community activities.
Categories
27 Jan 2026
Video
SEKITAR PEMBUKAAN JAJARAN BAHARU EKVE | 26 JANUARI 2026

Sekitar suasana pembukaan Jajaran Naik Taraf Jalan Ukay Perdana termasuk Ramp 1 dan Ramp 2 yang mula beroperasi pada 26 Januari 2026.
Pembukaan jajaran ini merupakan sebahagian daripada usaha EKVE dalam meningkatkan kelancaran aliran trafik serta keselesaan pengguna jalan raya, khususnya bagi laluan ke arah Gombak dan Lembah Keramat/Wangsa Maju.
EKVE akan terus menjalankan pemantauan operasi bagi memastikan perjalanan pengguna berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
👉 Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari www.ekve.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi EKVE.
📞 Hotline EKVE: 1-300-88-3583
#EKVE #PembukaanJajaran #SekitarPembukaan #InfoTrafik #LebuhrayaEKVE
26 Jan 2026
Announcements
PEMBUKAAN JAJARAN NAIK TARAF JALAN UKAY PERDANA TERMASUK RAMP 1 DAN RAMP 2.

Ramp 1 dan Ramp 2 Jalan Ukay Perdana akan mula dibuka kepada orang awam pada 26 Januari 2026, selepas jam 12.00 tengah hari.
Pembukaan jajaran ini bertujuan untuk melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan di persimpangan sedia ada, khususnya bagi laluan ke arah Gombak dan Lembah Keramat/Wangsa Maju.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi papan tanda trafik dan memandu dengan berhemah.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari laman rasmi EKVE di www.ekve.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi EKVE.
📞 Hotline EKVE: 1-300-88-3583
#EKVE #maklumantrafik #inforasmi #lebuhrayaekve
22 Jan 2026
Announcements
Peluang Perniagaan Food Truck di EKVE.

đźšš Peluang Perniagaan Food Truck di EKVE!
Adakah anda pengusaha food truck atau vending machine? Inilah peluang untuk menjalankan perniagaan di kawasan hentian sebelah Lebuhraya EKVE.
📆 Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2026
📲 Imbas QR untuk borang permohonan & maklumat lanjut.
Jangan lepaskan peluang ini!
16 Jan 2026
Announcements
Salam Israk Mikraj 1447H.

Salam Israk Mikraj 1447H
✨ISRAK MIKRAJ 1447H | 2026✨
Perjalanan agung Rasulullah ď·ş dari bumi ke langit mengajar kita erti sabar, iman, dan kepatuhan tanpa syarat. Di sebalik ujian, pasti ada hikmah dan rahmat Allah SWT.
Semoga Israk Mikraj ini menjadi titik muhasabah untuk kita memperbaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia. 🤍
31 Dec 2025
Announcements
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

Tahun silih berganti, namun komitmen kami tetap sama memastikan perjalanan anda lebih lancar dan bermakna.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami sepanjang tahun 2025.
Mari kita mulakan tahun 2026 dengan azam yang lebih tinggi dan pemanduan yang lebih selamat. Di mana pun destinasi anda, EKVE sentiasa bersedia menghubungkan anda dengan insan tersayang.
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia daripada kami warga kerja EKVE! ✨
