top of page

CSR
Friday, 24 July 2020
Sumbangan Qurban kepada Surau Al-Ukhuwwah, Taman Puncak Saujana, Kajang. Majlis penyerahan cek sumbangan diterima oleh Pengerusi Surau, Tn. Hj. Pozlan B. Hj. Ibrahim. Turut hadir Timbalan Pengerusi, Bendahari dan AJK Surau.
Pada Jumaat, 24 Julai 2020, bersamaan 3 Zulhijjah 1441, EKVE Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan bagi pelaksanaan ibadah Qurban di Surau Al-Ukhuwwah, Taman Puncak Saujana, Kajang. Majlis penyerahan cek sumbangan ini telah disempurnakan kepada Pengerusi Surau, Tn. Hj. Pozlan B. Hj. Ibrahim.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi, Bendahari, dan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk mengimarahkan syiar Islam dan mengeratkan silaturahim bersama komuniti setempat sempena sambutan Aidiladha.

bottom of page



