top of page

CSR
Thursday, 23 July 2020
Sumbangan Qurban kepada Madrasah Ahmadiah Diniah, Kg Felcra Semungkis, Hulu Langat.
Pada Khamis, 23 Julai 2020, bersamaan 2 Zulhijjah 1441, EKVE Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan bagi tujuan pelaksanaan ibadah Qurban di Madrasah Ahmadiah Diniah, Kg Felcra Semungkis, Hulu Langat. Cek sumbangan telah diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Madrasah, En. Rizam B. Mohd Kasim, dalam satu majlis ringkas.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Bendahari dan Ahli Jawatankuasa (AJK) madrasah. Sumbangan ini adalah manifestasi komitmen syarikat dalam menyokong aktiviti keagamaan institusi pendidikan tempatan serta mengeratkan ukhuwah bersama penduduk kampung sempena sambutan Aidiladha.

bottom of page




