
KENYATAAN MEDIA
PELAKSANAAN KUTIPAN TOL SEKSYEN 1, LEBUHRAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE) BERMULA 25 OKTOBER 2025
23 Oktober 2025 – Sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat, pengguna Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) telah menikmati tol percuma sejak jajaran Seksyen 1 dibuka secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 30 Ogos 2025 yang lalu. Langkah ini diberikan sebagai tempoh pelepasan tol sementara bagi memberi ruang kepada pengguna membiasakan diri dengan laluan baharu serta menggalakkan aliran trafik yang lebih lancar antara kawasan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long.
Selepas hampir dua bulan pelaksanaan tol percuma tersebut, kutipan tol bagi Seksyen 1 Lebuhraya EKVE akan bermula pada jam 00:00:01 tengah malam, 25 Oktober 2025 (Sabtu). Kutipan ini merupakan sebahagian daripada fasa operasi penuh lebuh raya tersebut yang dikendalikan oleh EKVE Sdn. Bhd. sebagai syarikat konsesi yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan operasi infrastruktur ini.
Kadar Tol dan Kaedah Pembayaran
Kutipan tol di Seksyen 1 Lebuhraya EKVE akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch 'N Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID). Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch 'N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Kadar tol mengikut kelas kenderaan yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya ini adalah seperti berikut:
PLAZA TOL KELUAR – SUNGAI LONG (Tol Yang Perlu Dibayar (RM) Mengikut Kelas Kenderaan)
Plaza Tol Masuk | KELAS 1 | KELAS 2 | KELAS 3 | KELAS 4 | KELAS 5 |
|---|---|---|---|---|---|
Bandar Mahkota Cheras | 2.68 | 4.02 | 5.35 | 1.34 | 1.96 |
Hulu Langat | 3.45 | 5.17 | 6.89 | 1.72 | 2.53 |
Ampang | 6.08 | 9.12 | 12.16 | 3.04 | 4.46 |
PLAZA TOL KELUAR – BANDAR MAHKOTA CHERAS (Tol Yang Perlu Dibayar (RM) Mengikut Kelas Kenderaan)
Plaza Tol Masuk | KELAS 1 | KELAS 2 | KELAS 3 | KELAS 4 | KELAS 5 |
|---|---|---|---|---|---|
Sungai Long | 2.68 | 4.02 | 5.35 | 1.34 | 1.96 |
Hulu Langat | 2.02 | 3.03 | 4.04 | 1.01 | 1.48 |
Ampang | 4.65 | 6.98 | 9.31 | 2.33 | 3.41 |
PLAZA TOL KELUAR – AMPANG (Tol Yang Perlu Dibayar (RM) Mengikut Kelas Kenderaan)
Plaza Tol Masuk | KELAS 1 | KELAS 2 | KELAS 3 | KELAS 4 | KELAS 5 |
|---|---|---|---|---|---|
Sungai Long | 6.08 | 9.12 | 12.16 | 3.04 | 4.46 |
Bandar Mahkota Cheras | 4.65 | 6.98 | 9.31 | 2.33 | 3.41 |
Hulu Langat | 3.67 | 5.51 | 7.35 | 1.84 | 2.69 |
Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui ke semua plaza tol ini bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju.
Pihak EKVE mengucapkan terima kasih atas sokongan dan maklum balas yang diterima sepanjang Seksyen 1, Lebuhraya EKVE dibuka. Kami berharap dapat meraih sokongan berterusan daripada pengguna untuk fasa operasi seterusnya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi hotline EKVE di talian 1-300-88-3583.
PLAZA TOL KELUAR – HULU LANGAT (Tol Yang Perlu Dibayar (RM) Mengikut Kelas Kenderaan)
Plaza Tol Masuk | KELAS 1 | KELAS 2 | KELAS 3 | KELAS 4 | KELAS 5 |
|---|---|---|---|---|---|
Sungai Long | 3.45 | 5.17 | 6.89 | 1.72 | 2.53 |
Bandar Mahkota Cheras | 2.02 | 3.03 | 4.04 | 1.01 | 1.48 |
Ampang | 3.67 | 5.51 | 7.35 | 1.84 | 2.69 |
